Sunday, January 8, 2012

CHANGE.



Saya pernah membaca petikan seorang artis yang menjawab soalan tentang pandangannya berkaitan pemakaian tudung. Soalan itu ditanya kepada beliau kerana beliau berlakon menjadi seorang gadis alim yang memakai baju kurung sopan lengkap dengan tudung. Ulasan beliau lebih kurang begini:

“Saya perlu berfikir panjang untuk memakai tudung. Biarlah saya betul-betul bersedia sebelum saya membuat keputusan untuk memakai tudung. Mamakai tudung memerlukan komitmen yang besar. Apabila kita memakai tudung kita perlu menjaga batasan pergaulan kita, dengan siapa kita berkawan, tak boleh pergi tempat yang teruk, perlu memahami agama dan sebagainya.”

p/s : Agak terkilan apabila membaca kenyataan beliau.actually.ada ramai yg jawab belum sampai seru.belum dapat hidayah.tunggu kahwin nanti.macam mana nak dapat hidayah kalau tak cari?macam mana kalau mati sebelum sempat nikah. Jika diulaskan secara kasar kenyataan beliau bermaksud begini.

“Jika saya memakai tudung saya tidak boleh lagi melakukan maksiat. Saya belum bersedia untuk tinggalkan semua maksiat itu!”

saya ada terbaca kat satu blog ni pasal jenis2 tudung.yup.kita semua tak sedar sebenarnya yang kita hanya pakai tudung tapi tak ttup aurat::

••? Tudung ‘Mickey Mouse’
Pemakaian tudung yang hanya menutup bahagian rambut dan kepala tanpa menutup kedua-dua telinga. Barangkali untuk menunjukkan subang atau apa-apa perhiasan. Pemakaian yang lebih teruk ialah apabila tudung tersebut dililit sehingga menampakkan leher.

••? Tudung Lilit
Jenis tudung ini jika dilihat telah menutup keseluruhan kepala termasuk telinga tetapi tidak dilabuhkan menutup dada dan hanya dililitkan di leher sahaja. Kriteria menutup dada tidak dipenuhi seolah-olah ingin menayangkan kurniaan yang tidak diberikan kepada kaum lelaki.

••? Tudung ‘See Through’
Salah satu jenis tudung yang popular ini banyak dilihat di merata tempat,kain tudung yang nipis menampakkan leher dan telinga walaupun telah menutup lengkap. Lebih teruk jika tidak memakai anak tudung kerana ianya seperti tiada beza dengan mereka yang tidak bertudung.

••? Tudung Jambul
Pemakaian jenis ini banyak dipromosikan dalam drama-drama Melayu yakni menutup separuh rambut di bahagian belakang dengan membiarkan yang depannya tersembul keluar seperti jambul unta.

••? Tudung Saji
Sekejap pakai,sekejap tidak.Tudung atau lebih tepat dikatakan selendang yang hanya menjadi perhiasan leher.Boleh dilihat di kenduri-kenduri kematian yang mana selendang tersebut akan turun dan naik diangkat si pemakai seolah-olah menjadikannya seperti tudung mengikut keperluan situasi.

p/s : people made mistake.so do i.i have no other nawaitu selain nak ingat mengingati.saya mudah lupa.manusia mudah lupa ryte?so.its good if kita saling ingat mengingati.kita kena ingat allah tak tengok hasil/natijah.allah tengok usaha kita nak berubah.it cant be denied.saya pon tak sempurna.mungkin kadang2 bleyh digolongkan dengan kategori kat atas tuh,but yet still trying my best.let us change ^^

read it.feel it ^^

Pelajar: Jadi manusia itu tak tahan diuji?

Ustaz: Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak awal penciptaan manusia, Allah telah mengingatkan manusia bahawa mereka tidak tahan dengan ujian walaupun kecil. Allah takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia. Allah tegah Adam dan Hawa supaya jangan makan buah Khuldi dalam syurga. Allah tahu kelemahan pada ciptaan manusia. Tak tahan diuji. Oleh itu, Allah berpesan pada Adam dan Hawa, jangan hampiri pokok Khuldi. Firman Allah S.W.T.: “Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya, apa sahaja yang kamu berdua sukai dan jangan hampiri pokok ini, (Jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari orang-orang yang zalim.” (Al-A’araf:ayat 19).
Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah Khuldi. Tetapi Allah tahu sifat dan kelemahan Adam dan Hawa. Jika menghampiri perkara yang ditegah, takut nanti mereka akan memakannya kerana mereka tidak dapat mengawal diri. Demikianlah dengan zina. Ditegah zina. Maka jalan ke arah penzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan penzinaan, kedua-duanya kecundang. Cukuplah kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.

Pelajar: Tetapi cinta lepas kahwin banyak masalah. Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenali hati budi pasangan sebelum membuat keputusan sebelum berkahwin.

Ustaz: Boleh percaya dengan perwatakan masa sedang bercinta? Bercinta penuh dengan lakonan yang dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing-masing akan berlakon dengan watak yang terbaik. Penyayang, penyabar, pemurah dan pelbagai lagi. Masa bercinta adalah alam lakonan semata-mata. Masa bercinta, merajuk ada yang akan pujuk. Jangan haraplah lepas kahwin bila merajuk ada yang memujuk. Banyak orang yang kecewa dan tertipu dengan keperibadian pasangan semasa bercinta. Perangai jauh berbeza. Macam langit dan bumi. Masa bercinta, dia seorang yang amat penyayang, sabar tunggu pasangan terlambat berjam-jam. Tapi bila dah kahwin lewat 5 minit dah kena tengking. Jadi, perwatakan masa bercinta adalah suatu kepuraan yang hipokrit.

Pelajar: Percayalah kami bercinta demi merancang kebahagiaan hidup nanti.


Ustaz:
Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah? Kebahagiaan adalah anugerah Allah kepada hamba-hambanya yang terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yang akan menganugerahkannya. Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu jika jalan mencapainya tidak diredhai Allah. Kebahagiaan hidup berumah tangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu prosesnya bukan cinta sebegini. Allah tidak meredhai percintaan ini. Cinta yang diredhai, cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk mendapat keluarga yang bahagia jika langkah memulakannya pun sudah canggung. Bagaimana kesudahannya?

Pelajar: Tanya sikit, adik angkat, kakak angkat, abang angkat boleh ke? Ganti bercinta.

Ustaz: Semua itu adalah perangkap syaitan . Hakikatnya sama. Cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tapi isinya sama. Adik, abang, kakak angkat adalah suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Manusia yang terlibat dalam budaya “angkat” ini sebenarnya telah masuk ke dalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa untuk dikorbankan.

Pelajar: Jadi seolah-olah orang yang bercinta telah hilang maruah diri?

Ustaz: Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh Pencipta manusia. Sebab ukuran manusia sering berbeza-beza. Orang yang sedang mabuk bercinta mengatakan orang yang bercinta tidak menjejaskan apa-apa maruah dirinya. Manakala bagi orang yang menjaga diri, tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin akan mengatakan orang yang bercinta sudah tidak bermaruah. Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerima cinta suci. Kalau begitu ukuran maruah atau tidak ditentukan oleh Allah.

Pelajar: Adakah orang yang bercinta hilang maruah?

Ustaz : Antara kemuliaan manusia ialah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah cuba menggadaikan maruahnya kerana mereka sedang menghampiri penzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dengan orang yang pernah berzina juga. Mereka tidak layak untuk berkahwin dengan orang yang beriman. Allah berfirman: “Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula (lazimnya) tidak ingin berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian terlarang kepada orang-orang yang beriman.” (Surah an-Nur:Ayat3). Jadi orang yang pernah bercinta juga tidak sesuai untuk berkahwin dengan orang yang tidak pernah bercinta. Tidakkah itu suatu penghinaan dari Tuhan.
Pelajar: Jadi orang yang bercinta hanya layak berkahwin dengan orang pernah bercinta?
Ustaz: Itulah pasangan yang layak untuk dirinya kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik.

Pelajar : Kami telah berjanji untuk sehidup semati.

Ustaz : Apa yang ada pada janji cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu, sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang sehingga menjadi pepatah.
Pelajar: Masihkah ada orang yang tidak bercinta pada zaman ini?
Ustaz: Ya, masih ada orang yang suci dalam debu. Golongan ini sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya. Firman Allah S.W.T.: “Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya daripada melakukan zina) Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar.” (Al-Ahzab:ayat 35).

Pelajar: Bagaimana kami?

Ustaz: Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan dariNya . Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redhaNya.
Pelajar: Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkan bagaimana taubat nasuha.
Ustaz: Taubat yang murni. Taubat yang sebenar-benarnya. Taubat yang memenuhi 3 syarat:
1. Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini.
2. Menyesal. Menginsafi diri atas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam percintaan.
3. Berazam. Bertekad di dalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan seseorang yang bernama isteri atau suami. Saatnya adalah setelah ijab Kabul.
Pelajar: Ya Allah. Hambamu telah tersesat jalan. Ampunilah dosa-dosa hambamu ini. Sesungguhnya engkau Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat. Berilah kekuatan kepadaku untuk menghadapi godaan keremajaan ini. Anugerahkan kepadaku perasaan benci kepada maksiat. Hiasilah diriku dengan akhlak yang mulia. Ibu dan ayah, anakmu berdosa. Engkau jagaku sedari kecil dengan kasih sayang. Mengapa kucurahkan kasihku kepada orang lain. Oh tuhan, hambamu yang berdosa. Amin,Ya Rabb.
Ustaz: Moga Allah terima taubatmu.
Pelajar: Kita berpisah kerana Allah, kalau ada jodoh tidak ke mana.
Ustaz: Ya Allah, bantulah mereka. Kini mereka datang ke pintuMu, mencari redhaMu, terimalah taubat mereka.

kisah saidina ali dengan fatimah az zahra ♥

Dipendamkan di dalam hatinya, yang tidak diceritakan kepada sesiapa tentang perasaan hatinya. Tertarik dirinya seorang gadis, yang punya peribadi tinggi, paras yang cantik, kecekalan yang kuat, apatah lagi ibadahnya, hasil didikan ayahnya yang dicintai oleh umat manusia, yakni Rasulullah S.A.W. Itulah Fatimah Az-Zahrah, puteri kesayangan Nabi Muhammad, serikandi berperibadi mulia.

Dia sedar, dirinya tidak punya apa-apa, untuk meminang puteri Rasulullah. Hanya usaha dengan bekerja supaya dapat merealisasikan cintanya. Itulah Ali, sepupu baginda sendiri. Sehingga beliau tersentap, mendengar perkhabaran bahawa sahabat mulia nabi, Abu Bakar As-Siddiq, melamar Fatimah.

”Allah mengujiku rupanya”, begitu batin ’Ali. Ia merasa diuji kerana merasa apalah dia dibanding Abu Bakar. Kedudukan di sisi Nabi? Abu Bakar lebih utama, mungkin dia bukan kerabat dekat Nabi seperti ’Ali, namun keimanan dan pembelaannya pada Allah dan RasulNya tak tertandingi. Lihatlah bagaimana Abu Bakar menjadi kawan perjalanan Nabi dalam hijrah sementara ’Ali bertugas menggantikan beliau untuk menanti maut di ranjangnya.Lihatlah juga bagaimana Abu Bakar berda’wah. Lihatlah berapa banyak tokoh bangsawan dan saudagar Makkah yang masuk Islam karena sentuhan Abu Bakar; ’Utsman, ’Abdurrahman ibn ’Auf, Thalhah, Zubair, Sa’d ibn Abi Waqqash, Mush’ab. Ini yang tak mungkin dilakukan kanak-kanak kurang pergaulan seperti ’Ali. Lihatlah berapa banyak budak muslim yang dibebaskan dan para faqir yang dibela Abu Bakar; Bilal, Khabbab, keluarga Yassir, ’Abdullah ibn Mas’ud. Dan siapa budak yang dibebaskan ’Ali?Dari segi kewangan, Abu Bakar sang saudagar, insyaallah lebih bisa membahagiakan Fatimah.’Ali hanya pemuda miskin dari keluarga miskin.

”Inilah persaudaraan dan cinta”, gumam ’Ali. ”Aku mengutamakan Abu Bakar atas diriku, aku mengutamakan kebahagiaan Fatimah atas cintaku.”Namun, sinar masih ada buatnya. Perkhabaran diterima bahawa pinangan Abu Bakar ditolak baik oleh Nabi. Ini menaikkan semangat beliau untuk berusaha mempersiapkan diri. Tapi, ujian itu bukan setakat disitu, kali ini perkhabaran lain diterima olehnya. Umar Al-Khatab, seorang sahabat gagah perkasa, menggerunkan musuh islam, dan dia pula cuba meminang Fatimah. Seorang lelaki yang terang-terangan mengisytiharkan keislamannya, yang nyata membuatkan muslimin dan muslimat ketika itu yang dilanda ketakutan oleh tentangan kafir quraisy mula berani mendongak muka, seorang lelaki yang membuatkan syaitan berlari ketakutan.

Ya, Al Faruq, sang pemisah kebenaran dan kebathilan itu juga datang melamar Fatimah. Ali mendengar sendiri betapa seringnya Nabi berkata, ”Aku datang bersama Abu Bakar dan ’Umar, aku keluar bersama Abu Bakar dan ’Umar, aku masuk bersama Abu Bakar dan ’Umar”. Betapa tinggi kedudukannya di sisi Rasul, di sisi ayah Fatimah. Ali redha kerana dia tahu Umar lagi layak darinya. Tetapi, sekali lagi peluang terbuka, tatkala perkhabaran diterimanya, bahawa pinangan Umar juga ditolak. Bagaimanakah sebenarnya menantu pilihan nabi, sedangkan dua sahabat baginda turut ditolak peminangannya?

Pada suatu hari Abu Bakar As-Shiddiq r.a. Umar Ibnul Khatab r.a. dan Sa’ad bin Mu’adz bersama-sama Rasul Allah s.a.w. duduk dalam masjid. Pada kesempatan itu diperbincangkan antara lain persoalan puteri Rasul Allah s.a.w. Saat itu baginda bertanya kepada Abu Bakar As-Shiddiq r.a “Apakah engkau bersedia menyampaikan persoalan Fatimah itu kepada Ali bin Abi Thalib?”

Abu Bakar As-Shiddiq menyatakan kesediaanya. Ia beranjak untuk menghubungi Ali r.a. Sewaktu Ali r.a. melihat datangnya Abu Bakar As-Shiddiq r.a. dgn tergopoh-gopoh dan terperanjat ia menyambutnya kemudian bertanya: “Anda datang membawa berita apa?”

Setelah duduk beristirahat sejenak Abu Bakar As-Shiddiq r.a. segera menjelaskan persoalannya: “Hai Ali engkau adalah orang pertama yg beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta mempunyai keutamaan lebih dibanding dengan orang lain. Semua sifat utama ada pada dirimu. Demikian pula engkau adalah kerabat Rasul Allah s.a.w. Beberapa orang sahabat terkemuka telah menyampaikan lamaran kepada baginda untuk mempersunting puteri beliau. Lamaran itu telah beliau semua tolak. Beliau mengemukakan bahawa persoalan puterinya diserahkan kepada Allah s.w.t. Akan tetapi hai Ali apa sebab hingga sekarang engkau belum pernah menyebut-nyebut puteri beliau itu dan mengapa engkau tidak melamar untuk dirimu sendiri? Kuharap semoga Allah dan RasulNya akan menahan puteri itu untukmu.”

Mendengar perkataan Abu Bakar r.a. mata Saidina Ali r.a. berlinang air mata. Menanggapi kata-kata itu, Ali r.a. berkata: “Hai Abu Bakar, anda telah membuatkan hatiku bergoncang yang semulanya tenang. Anda telah mengingatkan sesuatu yang sudah kulupakan. Demi Allah aku memang menghendaki Fatimah tetapi yang menjadi penghalang satu-satunya bagiku ialah kerana aku tidak mempunyai apa-apa.”

Abu Bakar r.a. terharu mendengar jawapan Ali itu. Untuk membesarkan dan menguatkan hati Imam Ali r.a. Abu Bakar r.a. berkata: “Hai Ali, janganlah engkau berkata seperti itu. Bagi Allah dan Rasul-Nya dunia dan seisinya ini hanyalah ibarat debu bertaburan belaka!”

Setelah berlangsung dialog seperlunya Abu Bakar r.a. berhasil mendorong keberanian Imam Ali r.a. untuk melamar puteri Rasul Allah s.a.w.

Beberapa waktu kemudian Saidina Ali r.a. datang menghadap Rasul Allah s.a.w. yg ketika itu sedang berada di tempat kediaman Ummu Salmah. Mendengar pintu diketuk orang, Ummu Salmah bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: “Siapakah yg mengetuk pintu?” Rasul Allah s.a.w. menjawab: “Bangunlah dan bukakan pintu baginya. Dia orang yang dicintai Allah dan RasulNya dan ia pun mencintai Allah dan Rasul-Nya!”

Jawapan Nabi Muhammad s.a.w. itu belum memuaskan Ummu Salmah r.a. Ia bertanya lagi: “Ya tetapi siapakah dia itu?”

“Dia saudaraku orang kesayanganku!” jawab Nabi Muhammad s.a.w.

Tercantum dalam banyak riwayat bahawa Ummu Salmah di kemudian hari mengisahkan pengalamannya sendiri mengenai kunjungan Saidina Ali r.a. kepada Nabi Muhammad s.a.w. itu: “Aku berdiri cepat-cepat menuju ke pintu sampai kakiku terantuk-antuk. Setelah pintu kubuka ternyata orang yang datang itu ialah Ali bin Abi Thalib. Aku lalu kembali ke tempat semula. Ia masuk kemudian mengucapkan salam dan dijawab oleh Rasul Allah s.a.w. Ia dipersilakan duduk di depan beliau. Ali bin Abi Thalib menundukkan kepala seolah-olah mempunyai maksud tetapi malu hendak mengutarakannya.

Rasul Allah mendahului berkata: “Hai Ali nampaknya engkau mempunyai suatu keperluan. Katakanlah apa yang ada dalam fikiranmu. Apa saja yang engkau perlukan akan kau peroleh dariku!” Mendengar kata-kata Rasul Allah s.a.w. yang demikian itu lahirlah keberanian Ali bin Abi Thalib untuk berkata: “Maafkanlah ya Rasul Allah. Anda tentu ingat bahawa anda telah mengambil aku dari pakcikmu Abu Thalib dan makcikmu Fatimah binti Asad di kala aku masih kanak-kanak dan belum mengerti apa-apa.

Sesungguhnya Allah telah memberi hidayat kepadaku melalui anda juga. Dan anda ya Rasul Allah adl tempat aku bernaung dan anda jugalah yang menjadi wasilahku di dunia dan akhirat. Setelah Allah membesarkan diriku dan sekarang menjadi dewasa aku ingin berumah tangga; hidup bersama seorang isteri. Sekarang aku datang menghadap untuk melamar puteri anda Fatimah. Ya Rasul Allah apakah anda berkenan menyetujui dan menikahkan diriku dengan Fatimah?”

Ummu Salmah melanjutkan kisahnya: “Saat itu kulihat wajah Rasul Allah nampak berseri-seri. Sambil tersenyum beliau berkata kepada Ali bin Abi Thalib: “Hai Ali apakah engkau mempunyai suatu bekal mas kahwin?”

“Demi Allah” jawab Ali bin Abi Thalib dengan terus terang “Anda sendiri mengetahui bagaimana keadaanku tak ada sesuatu tentang diriku yg tidak anda ketahui. Aku tidak mempunyai apa-apa selain sebuah baju besi sebilah pedang dan seekor unta.” “Tentang pedangmu itu” kata Rasul Allah s.a.w. menanggapi jawapan Ali bin Abi Thalib “engkau tetap memerlukannya untuk perjuangan di jalan Allah. Dan untamu itu engkau juga perlu buat keperluan mengambil air bagi keluargamu dan juga engkau memerlukannya dalam perjalanan jauh. Oleh kerana itu aku hendak menikahkan engkau hanya atas dasar mas kahwin sebuah baju besi saja.

Aku puas menerima barang itu dari tanganmu. Hai Ali engkau wajib bergembira sebab Allah ‘Azza wa­jalla sebenarnya sudah lebih dahulu menikahkan engkau di langit sebelum aku menikahkan engkau di bumi!” Demikian riwayat yang diceritakan Ummu Salmah r.a. Setelah segala-galanya siap dengan perasaan puas dan hati gembira dgn disaksikan oleh para sahabat Rasul Allah s.a.w. mengucapkan kata-kata ijab kabul pernikahan puterinya: “Bahwasanya Allah s.w.t. memerintahkan aku supaya menikahkan engkau Fatimah atas dasar mas kahwin 400 dirham. Mudah-mudahan engkau dapat menerima hal itu.”

“Ya Rasul Allah, itu kuterima dgn baik” jawab Ali bin Abi Thalib r.a. dalam pernikahan itu. Inilah jalan cinta para pejuang. Jalan yang mempertemukan cinta dan semua perasaan dengan tanggungjawab. Cinta tak pernah meminta untuk menanti. Seperti ’Ali. Ia mempersilakan.
Atau mengambil kesempatan. Yang pertama adalah pengorbanan. Yang kedua adalah keberanian. Dan ternyata tak kurang juga yang dilakukan oleh Puteri Sang Nabi, dalam suatu riwayat dikisahkan, bahwa suatu hari, Fatimah berkata kepada ‘Ali: “Maafkan aku, karena sebelum menikah denganmu. Aku pernah satu kali merasakan jatuh cinta pada seorang pemuda” ‘Ali terkejut dan berkata, “Jikalau begitu, mengapakah engkau mahu menikah denganku? Dan Siapakah pemuda itu” Sambil tersenyum Fatimah berkata, “Ya, kerana pemuda itu adalah Dirimu”

couple : jgn dihalalkan benda yang haram

Kisahnya mengenai 3 org, Syafiq, Safura dan Muhammad. Syafiq dan Safura sama-sama belajar di SAM Bestari. Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, Syafiq cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk pencegah maksiat sekolah.
beberapa tahun berlalu...Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk rayunya. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple. "COUPLE ISLAMIC". Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pula pakai serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hah! kan Islamic punya couple tu.Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq ditakdirkan bertemu dengan Muhammad. Ketika itu Syafiq dan Safura sedang bertadarrus di RFC. Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk. Bila duduk, Muhammad bertanya, "Have you married?". "No.", jawab Safura. "So, why you sit together with this ajnabi alone here", tanya Muhammad. "Kami couple, tapi Islamic way" jawab Syafiq. Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Muhammad pun memulakan ceritanya."Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu. Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni??? Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam. Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi aku…mana ada. Jadi, time kat hospital tu aku fikir. Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus. Camnilah kehidupan aku dan babi tu buat 2 tahun. Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok-tengok babi ni takde leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni. Lepas tu, aku pun masak la bakut teh. Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. Ustaz!!! jom makan. Babi Islam nih.Bila terdengar kisah itu, Syafiq dan Safura pun sedar. Kalau benda itu haram, ia tetap haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas...
Yahya Ibn Mu'adh (radiyallahu anhu) `May Allah be pleased with him' said: "I don't order you to abandon life but to abandon sins. Abandoning life is a virtue and abandoning sins is a duty, so your need for this latter is greater than your need for the former."[3]
or dalam bahasa melayunya.
aku bukan suruh korang tinggalkan kehidupan duniawi,tapi aku suruh korang tinggalkan dosa.Untuk tinggalkan duniawi tu dikira terpuji,tapi untuk tinggalkan dosa tu tanggungjawab.Dan untuk tinggalkan dosa tu lagi penting dari tinggalkan dunia.

novel vs al quran

“Baca Quran ni patutnya macam baca novel la.Patutnya lebih lagi daripada tu.Baca Quran ni kena ada feel.Kalau tak,tak bawa makna apa.”

“Kalau orang baca novel tu boleh feel habis sampai menangis-nangis,baca Quran ni patutnya berkali ganda lebih feel daripada tu.Patut habis tisu berkotak-kotak kalau betul-betul boleh hayati kalam Allah ni.”

p/s : terasa weyhh.selama ni baca novel ya ya nangis.tgok cta korea smpai berulang2.xtdo mlm.suppose to wktu2 mcm tu ak dating ngan allah sure lg berbaloi.

“Kalau baca Quran dengan tafsir,kita sentiasa je letak diri kita jadi ‘watak putih’ dalam Quran tu.Tapi kita lupa,cukup ke kriteria kita nak jadi ‘watak putih’ tu.Cukup ke apa yang kita dah buat selama ni untuk dengan bangganya kata ‘aku la orangnya yang disebutkan dalam ayat ‘wahai orang yang beriman....’, ‘wahai orang mukmin’..... ‘golongan-golongan muhsinin’ tu’.Yakin ke kita yang kita ni orang yang Allah sebut dalam Quran tentang orang yang diberi balasan syurga dengan nikmat tak ada limit tu?Betul amal kita cukup untuk jadi orang-orang yang Allah sebut tu?”

“Sepatutnya kita letak sekali diri kita untuk jadi ‘watak hitam’.Bayangkan yang diri kita la orang yang diseksa dalam neraka yang Allah describe dalam Quran tu.Bayangkan kita la orang yang kena azab.Baru la kita lagi berlumba-lumba nak lari dari jadi golongan-golongan tu.Kita ni sebenarnya kadang-kadang tertipu bila terlampau berangan sangat yang kita ni la ‘watak putih’,sedangkan amal kita nak melayakkan kita jadi ‘watak kelabu’ pun tak cukup qualification.”


p/s : sedar dri okayh? solat pon lmbat.suka2 hati na pegang title watak putih.

Kemudian,sesungguhnya Tuhanmu (mengampuni) bagi orang-orang yang mengerjakan kesalahan kerana kejahilannyannya,kemudian mereka bertaubat sesudah itu dan memperbaiki (dirinya),sesungguhnya Tuhanmu sesudah itu benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. [an-Nahl : 119]

la tahzan oukeyh^^its never too late be4 u die




Orang beriman yang menjalani setiap saat dalam kehidupan dunianya sesuai dengan ajaran Al Qur’an tidak akan membiarkan pikirannya dikuasai oleh pikiran yang tidak berguna dan tidak masuk akal selama perjalanan. Dia mengarahkan perhatiannya pada hal dan peristiwa yang dapat dia renungkan dengan mendalam

p/s:aku rasa ak lalai laah.
need change.

Friday, January 6, 2012

Jodoh itu rahsia Allah Swt..
☻♥☻
/█\ /█\
.||. ||.
SEKUAT mana kita setia ツ
SEHEBAT mana kita merancang ツ
SELAMA mana kita menunggu ツ
SEKERAS mana kita bersabar ツ
SEJUJUR mana kita menerima kekasih kita ツ

•.♥• Jika ALLAH SWT Tidak Menulis Jodoh Kita Bersama Kekasih Kita..Kita Tetap Tidak Akan Bersama Dengannya •.♥•

**credit to "kawan"

“Say: O My Servants who have transgressed against their own souls, despair not of the mercy of Allah. Indeed, Allah forgives all sins.
Truly, He is Most Forgiving, Most Merciful” [39:53].
Mistakes happen to teach us a lesson – take the lesson and move on.
A common denominator among unproductive people is their inability
to move forward once they have hit a stumbling block. Pick yourself up and keep moving.

perubahan itu payah.

Siapa kata perubahan itu senang?

Meh sini nak lempang biar bersepai gigi-gigi tu. (Garang tak?)

Yet, kita tengok perubahan ‘Umar si pemisah haq dan batil tu macam mudah je kan? Dia marah dengan Nabi, nak pergi bunuh, tiba-tiba dengar adiknya baca Quran, terus rasa nak masuk Islam. Ye, bila kita baca suatu cerita dan berita atau situasi yang kita sendiri tak pernah duduk dalam kasut mereka (baca: be in their shoes), kita mengatakan (lebih kepada merasakan) ianya sangat mudah seperti senangnya kopek kacang Nganyin dan makan, dan kopek lagi dan makan lagi sampai habis sebungkus, lepas tu buat ‘thumbs up’, kerana sangat senang dimakan begitu saja.

Hakikatnya, ia satu proses yang panjang. Pokok tak membesar overnight, lalang tak memanjang overnight, buah durian tak jatuh overnight (yes dia jatuh pada waktu malam, tapi 10 tahun kot nak tunggu pokok besar baru dapat hasilnya yang sedap tu), dan manusia obviously tak membesar overnight. It is a process.

Bila kita (baca: ye kita kita termasuk saya) tersedak satu hari tengah gelojoh-gelojoh melapah kegembiraan duniawi dan melantak what we thought/taught happiness (bukan potong salah satu ye, kita memang diajar untuk berasa gembira pada sesuatu yang sepatutnya bukan gembira macam masa kecik dulu di ajar buah oren itu oren, maka lama lama diajar, kita sendiri fikir bila fikir buah oren, kita akan ingat kaler oren, err paham ke?) Anyway, tengah-tengah menketedarah dunia sampai tak ingat dunia tu, tiba-tiba terlekat (alhamdulillah la terlekat) dan tersedak, terhembus keluar balik isi-isi yang sedap tu. Suddenly kita sedar, dalam melihat cebisan-cebisan ‘dunia’ yang kita tersembur tadi tu rupanya sangat jelik dan tak ingin kita telan balik.

Pastu ada orang tepuk, (mama ke, abang ke, sahabat usrah ke, naqib ke, kawan sebilik ke, ustaz Azhar Idrus ke) dia tepuk-tepuk belakang kita, ‘Ha tu la, cek habaq dah kat hampa, hampa gelojoh jugak makan ‘dunia’ ni’. Kita pun tersipu-sipulah kemaluan. Seharusnya teruslah kita ucap alhamdulillah bila mana kita yang dah gemuk dengan dunia ni, ingin diet dan kurus semula. Ye sedar ataupun tidak, walaupun badan kita semua dah terlalu disarati dengan lemak lemak korea, lemak-lemak movie barat, lemak-lemak cinta, lemak-lemak kemalasan, lemak-lemak kesenangan dan lemak-lemak etc etc, sehingga kita terlalu penat untuk beribadat pada Allah seperti penatnya seorang yang gemuk untuk bermain bola selama 90 minit sebagai striker (wah, position favourite saya).

Maka sesiapa yang tengok rancangan orang gemuk gile nak jadi kurus tu (Biggest Loser eh?), pasti tahu yang perjalanan seorang yang gemuk untuk jadi kurus tu sangat sukar. Ia penuh cabaran mental dan fizikal dan it is an endurance. Oh anyway, sedar tak Biggest Loser tu macam kind of perli jugak? Seakan-akan nak cakap orang gemuk ni memang loser. Dan kita-kita semua yang gemuk dunia ni memang sangat-sangat loser dan kita cuma akan tahu bila ditimbang nanti. (in Mahsyar)

So bila kita tersedak dan termuntah balik isi dunia tu, kita pun terasa tercari-cari teraba-teraba sentuhan Ilahi. Dunia yang dah berkeladak dalam hati ni ingin kita cuci bersih biar ia suci hanya untuk Ilahi. Tapi seperti Ibrahim a.s. ketika hendak membawa Ismail anaknya untuk disembelih, syaitan datang menerpa cuba menggagalkan Ibrahim untuk mendekatkan diri dengan Allah. Ibrahim a.s., bapa kita yang haneef itu, merupakan sosok yang lurus yang sentiasa mengiakan apa saja perintah Allah sehingga ia menjadi begitu rapat dengan Allah, maka ia ambil batu dan melontar ke arah Iblis itu, ‘auzubillahiminssyaitonirrojim!’ dan terus melontar sehingga kita sekarang pun yang ke haji ikut melontar.

Godaan syaitan itu pastikan datang. Seperti seorang perempuan yang hanya lalu di depan kedai Gulati’s, hanya lalu, tak niat pun nak beli, tiba-tiba kain-kain di dalam Gulati’s tu melambai lambai seakan akan memanggil-manggil mereka untuk masuk dan memuaskan nafsu mereka. Sungguh syaitan itu ada di mana-mana, it’s in our veins, it’s in our heart even. Kata Nabi, lebih kurang maksud dia, syaitan ni dok bertenggek dekat hati manusia, bila kita lupa pada Allah, dia akan datang goda, tetapi bila kita ingat Allah, syaitan akan berundur, but it’s there.

Dan apatah lagi ingin berubah. Syaitan bencikan perubahan. Of course perubahan cuma ada dua, satu perubahan dari baik ke beruk (oops I mean buruk), dan perubahan buruk ke baik. Syaitan benci perubahan yang kedua dan cinta perubahan pertama. Memanglah seseorang yang dah pasti masuk neraka, pastilah ingin mencari teman mereka seramai-ramainya, macam anda yg belajar medicine/guru yang dari kecik tak pernah keluar langsung dari negeri, sekolah rendah dekat kajang, sekolah menengah dekat Bangi, universiti dekat Bangi, tiba-tiba dihantar ke kawasan pedalaman Sabah, adakah anda ingin ke sana sorang-sorang? Mesti nak ada peneman kan?

Syaitan will do whatever it takes untuk buat anda makan balik muntah, isi-isi yang anda tersedak tu. Lalu ke nak makan balik muntah? Well, syaitan akan hiaskan sampai anda lalu dan berselera balik untuk makan muntah anda tadi dan ia akan buat anda craving for more and more. Yucks! But then, banyak je orang yang makan balik, sikit-sikit dia cuit roti yang dah hancur penuh dengan air liur and sikit- ikit hijau kahak tu. Kalau kita tak stop dan pegang tangan kita halang dari cuit lagi, lama lama akan jadi lebih parah lagi.

Perubahan itu mulia dan Allah cintakan seseorang yang berubah keranaNya. There’s nothing else greater than that. Orang yang dah tersedia laju seperti Usain Bolt tu bila dia menang, orang memang tak kesah lah kan, dah dia super laju. Tapi bayangkan Watson Nyambek yang dah retire sekarang ni, tiba-tiba dia rasa nak join track balik, training gila-gila, jumpe pakar tu pakar ni, belajar dengan sheikh tu ustaz ni, belajar dengan kegagalan masa lepas etc. Then tiba-tiba dia menang lumba lari dengan Usain Bolt. Pastilah lagi ramai peminat Watson Nyambek itu dari sebab perubahan dia. Of course kita berubah bukan sebab nak orang adore kita, oh dulu dia ni super jahat, sekarang super baik. (Wooooooooo power gila, hang qowiey, aku dok.) Tapi kita semua inshaAllah, nak berubah sebab Allah and only sebab Allah.

Perubahan itu payah dan pahit kerana syurga itu senang dan manis. Pemandangan puncak gunung pasti menghilangkan penat lelah pendakian. Perlu ada kesejukan malam untuk ada sinar pagi, seperti perlunya ada hujan untuk ada pelangi. Perubahan itu akan jadi manis, bila kita dengar Allah kata, ‘Wahai jiwa yang tenang, mai lah pada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridhai, maka joinlah clan hamba-hambaKu, dan masuklah syurgaKu’ (Fajr : 27-30)

Jom berlari pantas kepada Allah.

“Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa,” (AliImran : 133)


“Wahai sekalian manusia yang beriman dengan lidahnya, (namun) belum masuk iman ke dalam hatinya. Janganlah engkau sekalian mengumpat orang-orang Islam dan jangan membuka aib mereka, (kerana) sesungguhnya orang yang membuka aib saudaranya yang muslim, maka Allah akan membuka aibnya. Dan siapa yang aibnya dibuka Allah, maka Dia akan membukanya sekalipun di dalam rumahnya.”
(HR. Muslim, Abu Daud dan at-Tirmidzi)

You don’t have to be perfect.
You don’t have to have unusual knowledge. and you don’t have to be super pious.
You only need to be decent. Be sincere. Be real. Be straight up. Don’t be a fake.
Don’t be like you think you try to act pious on the outside but you know what really happens in the inside. Be the best Muslim as you can be, that what was Prophet SAW said. Do as much as you can.

Tuesday, January 3, 2012

sebelum kita mencintai seseorang.
"Pesan pada DIRI..
Jangan tersalah memberi ...HATI pada insan yang tak sudi..
Pada insan yang tak mengerti.. Kerana,sekali kau memberi, selamanya dia di HATI.. Kerana,sekali kau dilukai, sampai bila2 tetap kau ingati..
Pesan lagi pada diri, hati2lah dalam memberi HATI sebab ia hanya untuk insan yang tahu menghargai betapa tingginya nilai sekeping HATI."


p/s : sebaik baik cinta ialah cinta kepada yg maha agung ALLAH,,