Sunday, January 8, 2012

CHANGE.



Saya pernah membaca petikan seorang artis yang menjawab soalan tentang pandangannya berkaitan pemakaian tudung. Soalan itu ditanya kepada beliau kerana beliau berlakon menjadi seorang gadis alim yang memakai baju kurung sopan lengkap dengan tudung. Ulasan beliau lebih kurang begini:

“Saya perlu berfikir panjang untuk memakai tudung. Biarlah saya betul-betul bersedia sebelum saya membuat keputusan untuk memakai tudung. Mamakai tudung memerlukan komitmen yang besar. Apabila kita memakai tudung kita perlu menjaga batasan pergaulan kita, dengan siapa kita berkawan, tak boleh pergi tempat yang teruk, perlu memahami agama dan sebagainya.”

p/s : Agak terkilan apabila membaca kenyataan beliau.actually.ada ramai yg jawab belum sampai seru.belum dapat hidayah.tunggu kahwin nanti.macam mana nak dapat hidayah kalau tak cari?macam mana kalau mati sebelum sempat nikah. Jika diulaskan secara kasar kenyataan beliau bermaksud begini.

“Jika saya memakai tudung saya tidak boleh lagi melakukan maksiat. Saya belum bersedia untuk tinggalkan semua maksiat itu!”

saya ada terbaca kat satu blog ni pasal jenis2 tudung.yup.kita semua tak sedar sebenarnya yang kita hanya pakai tudung tapi tak ttup aurat::

••? Tudung ‘Mickey Mouse’
Pemakaian tudung yang hanya menutup bahagian rambut dan kepala tanpa menutup kedua-dua telinga. Barangkali untuk menunjukkan subang atau apa-apa perhiasan. Pemakaian yang lebih teruk ialah apabila tudung tersebut dililit sehingga menampakkan leher.

••? Tudung Lilit
Jenis tudung ini jika dilihat telah menutup keseluruhan kepala termasuk telinga tetapi tidak dilabuhkan menutup dada dan hanya dililitkan di leher sahaja. Kriteria menutup dada tidak dipenuhi seolah-olah ingin menayangkan kurniaan yang tidak diberikan kepada kaum lelaki.

••? Tudung ‘See Through’
Salah satu jenis tudung yang popular ini banyak dilihat di merata tempat,kain tudung yang nipis menampakkan leher dan telinga walaupun telah menutup lengkap. Lebih teruk jika tidak memakai anak tudung kerana ianya seperti tiada beza dengan mereka yang tidak bertudung.

••? Tudung Jambul
Pemakaian jenis ini banyak dipromosikan dalam drama-drama Melayu yakni menutup separuh rambut di bahagian belakang dengan membiarkan yang depannya tersembul keluar seperti jambul unta.

••? Tudung Saji
Sekejap pakai,sekejap tidak.Tudung atau lebih tepat dikatakan selendang yang hanya menjadi perhiasan leher.Boleh dilihat di kenduri-kenduri kematian yang mana selendang tersebut akan turun dan naik diangkat si pemakai seolah-olah menjadikannya seperti tudung mengikut keperluan situasi.

p/s : people made mistake.so do i.i have no other nawaitu selain nak ingat mengingati.saya mudah lupa.manusia mudah lupa ryte?so.its good if kita saling ingat mengingati.kita kena ingat allah tak tengok hasil/natijah.allah tengok usaha kita nak berubah.it cant be denied.saya pon tak sempurna.mungkin kadang2 bleyh digolongkan dengan kategori kat atas tuh,but yet still trying my best.let us change ^^